Indah dan Azhael merupakan pelajar yang mendapat undian terendah sebaik sahaja undian ditutup pada akhir konsert. Peratusan undian Indah adalah sebanyak 15.85% manakala Azhael pula ialah 15.83%.
“Indah terkejut sangat, dalam hati memang dah sangka yang saya akan tersingkir, tetapi hal yang sebaliknya berlaku.
“Saya terkedu, terdiam diatas pentas, macam tidak boleh berfikir. Saya sejujurnya tidak percaya bahawa Azhael yang akan tersingkir kerana persembahan mereka memang selalunya yang terbaik.
“Perbezaan undian dengan Azhael adalah sangat tipis iaitu 0.02%, saya memang benar-benar terkejut. Memang Azhael adalah pesaing terdekat saya dan kalau boleh kami sama-sama ingin berentap di pentas akhir.” ujar pelajar berusia 26 tahun ini.
Namun Indah, tidak nafikan dia gembira apabila diberi peluang untuk masuk keperingkat akhir dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk peminat.
“Syukur, saya diberi peluang lagi untuk berada disini, Alhamdulillah, mungkin ini rezeki dan saya amat berterima kasih kepada peminat saya.
“Undian anda sangat berharga untuk saya, dan saya akan berjanji akan memberikan persembahan terbaik buat anda semua. Doakan saya berjaya.” ujarnya mengakhiri perbualan.
Indah telah menyampaikan dua buah lagu pada Konsert Separuh Akhir AF2013 iaitu ‘Firework’ nyanyian asal oleh Ketty Perry dan ‘Segalanya Kuterima’ nyanyian asal oleh Ilusi.
Adakah Indah bakal dinobatkan sebagai juara AF2013? Andalah yang tentukan.
Sumber: Astro Gempak