Beberapa hari yang lalu, portal hiburan murai.com.my ada
mengeluarkan kisah mengenai misteri patung beruang berwarna pink yang telah
diberikan kepada pemenang tempat ke-4 AF2013 iaitu Indah
Menurut Indah, kejadian tersebut hanyalah salah faham,
patung ‘teddy bear’ tersebut sebenarnya diberi oleh peminat.
“Semua ini salah faham, ‘teddy bear’ itu bukan dari Arja
Lee! Hanya kerana dia pegang patung itu, tidak bermaksud dia yang beri.
“Sebenarnya patung itu adalah pemberian peminat kepada saya.
Kebetulan semasa saya tengah pegang patung itu, saya dipanggil untuk melakukan
sesi fotografi bersama pelajar yang lain dan saya letakkan patung itu di atas
kerusi.
“Nak jadikan cerita, patung tu jatuh, dan Arja yang nampak
lalu dia ambil dan secara kebetulan dia pun dipanggil untuk sesi fotografi bersama
kami, itu yang dia bawa sekali patung itu.” jelas Indah.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein berharap
agar penjelasan yang diberikan dapat membetulkan salah faham yang timbul.
“Saya harap, salah faham ini dapat diselesaikan, lagipun
saya dan Arja hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.”
ujarnya mengakhiri perbualan.
Sumber : Murai