Pemenang tempat keempat #AF2013, Indah tampil dalam program Apa Kata M? (#AKMAF2013) dengan tenang walaupun tahu dirinya banyak dikaitkan dengan pelakon Arja Lee.
Dalam pada itu, Indah hanya mampu mengkategorikan
hubungannya bersama Arja Lee sebagai kawan saja memandangkan dia sudah pun
bertunang beberapa bulan sebelum menyertai #AF2013.
Bagaimanapun, Indah masih lagi mahu menyorok identiti
tunangnya dan hanya mengumumkan tarikh dia bakal diijabkabulkan dengan
tunangannya yang sudah hampir tiga bulan tidak dihubungi.
Apa sekalipun, Indah berani membuat pengakuan bahawa dia
menyertai #AF2013 bukan semata-mata mahu menang. Sebaliknya dia ingin menjadikan
ia sebagai platform untuk glamor saja.
Sumber : Murai