Luahan Peminat


"Saya ni boleh dikatakan peminat no. 1 Indah Ruhaila ni sejak prelude lagi sbb suara dia sangat outstanding dan bak kata Edry Halim 'World Class'. Saya pelik dgn sikap orang Malaysia - suka menghakimi luaran.

Pada saya Indah is just being herself, dia jenis cakap terus-terang dan bak kata Dato' Siti, dia matang. She speaks her mind...dia tak suka lagu tu, dia cakap, dan mmg betul pun lagu-lagu yang diberikan kepada dia di konsert2 awal dan pertengahan bukan lagu-lagu favorite atau current (masa kini). Kalau dilihat mereka yang lain lebih bernasib baik dari segi pemberian lagu tugasan. 

Indah tak dapat advantages atau kelebihan yang orang lain dapat... dia jarang difokus semasa diary; orang lain dapat hamper, dapat kambing, dapat gitar...Indah...cuma dapat pemberian itupun dari rakan seperjuangan, Arja Lee. Saya faham perasaan Indah. Perjalanan AF nya tidak mudah, mungkin kerana status beliau sebagai penyanyi rakaman sebelum ini maka bench mark untuk dia lebih tinggi berbanding yang lain. 

Cabaran ini membuatkan dia nampak patah semangat sedikit, sehinggakan di konsert separuh akhir Edry Halim menegur yang Indah sedikit kurang keyakinan. Nah! Terlalu yakin dikatakan over. Bila kurang yakin ditegur pula. Perlu dikatakan di sini bahawa komen-komen juri juga sekadar memuji VOKAL tetapi bukan menyebelahi Indah atau cukup untuk membuatkan penonton mahu mengundi beliau sedangkan pelajar-pelajar lain mendapat lebih baik kritikan. 

Saya tak salahkan Indah. Sebagai insan biasa dia ada 'passion' yang mendalam terhadap muzik sehingga tidak dapat dibendung di dalam persembahannya dan salah diinterpretasi oleh segelintir sebagai menunjuk-nunjuk. 

Di malam final, Indah keluarkan segalanya. Segala resah, tapi yang paling indah dalam persembahan Indah pada malam itu ketika beliau mendedekasi lagu "Percayalah" kepada penyokong2 beliau yang growing in numbers menjelang final...dan penyokong2 inilah (yang melihat beliau dari sudut sebenar) yang mengangkat beliau dari tangga terbawah kepada kedudukan yg lebih baik meskipun bukan top 3. 

Sayang...bakat yang terlalu indah...tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Semua mata di Malaysia nampak pada malam itu...malah pada malam separuh akhir, bahawa Indah tidaklah terlalu kemaruk erti satu kemenangan. Wajahnya menunjukkan kesal ketika nama Azhael tidak diumumkan. 

Jadi kenapa Indah yg kononnya over ni tidak melonjak krn dia yg terpilih bukan Azhael ?Fikir-fikirkanlah.

Namun perjalanan ke penghujung AF 2013 telah menemukan beliau jawapan...bahawa beliau juga punya ramai peminat yang sangat menyayangi beliau dan akan terus menyokong beliau sampai bila-bila. INDAH LOVER FANS."

Sumber : Blog

Percayalah